Piala FA 2017 : Kelantan Dapat Undian Mudah, MPKB Lawan Pulau Pinang.



The Red Warriors mendapat undian mudah apabila diundi menentang PKNP FC pada pusingan kedua saingan Piala FA 2017.


PKNP FC yang akan berjuang dalam saingan Liga Perdana musim depan pasti akan memberikan saingan sengit buat Sang Kijang pada pertemuan di Stadium Ipoh itu nanti.

Skuad bimbingan Abu Bakar Fadzim dilihat cukup bersedia pada musim baru dengan persiapan rapi telah diatur selain berjaya mendapat beberapa pemain berpengalaman.

Kelantan yang masih dalam kemelut persatuan bagaimanapun mungkin tidak menghadapi masalah untuk mencipta kemenangan.

Sementara itu, satu lagi wakil Kelantan, MPKB-BRI FC bakal menghadapi laluan berliku selepas menerima undian menentang Pulau Pinang pada pusingan kedua.

Pasukan kendalian Kamarudin Mohamad mendapat BYE pada pusingan pertama akan menanti kunjungan The Panthers di Stadium Sultan Muhamad Ke-IV, Kota Bharu PADA 14 Februari 2017.

Share on Google Plus

About RedsFC

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 ulasan: