MPKB-BRI FC Sertai Liga FAM 2017.


MPKB-BRI FC sah akan bersaing dalam saingan Liga FAM 2017.


Menurut sumber RedsfcNews, skuad pada musim ini akan dibarisi muka-muka baru dan sesi pemilihan telah dibuat bermula minggu lepas untuk memilih barisan terbaik mereka untuk aksi musim depan.

Beberapa bekas pemain dari skuad Piala Presiden dan Kelantan juga dilaporkan telah turun sesi pemilihan dan terpilih untuk menyertai skuad berkenaan.

Mereka kini giat berlatih sempena pra musim bagi mempersiapkan pasukan.

Mereka juga telah mendapat khidmat jurulatih berpengalaman dimana Kamaruddin Mohammad telah dilantik pada posisi berkenaan.

Kamaruddin tidak asing lagi bagi peminat bola sepak Kelantan kerana sebelum ini menjadi pembantu jurulatih The Red Warriors dan berkhidmat bersama beberapa jurulatih terkenal seperti Boateng dan Velizar Popov.

MPKB telah menyertai Liga FAM 2016 namun menamatkan saingan di kedudukan tercorot kumpulan dan gagal layak ke saingan lapan terbaik.

Selain itu, pasukan berkenaan juga terpalit dengan masalah dalaman menyebabkan perjalanan pasukan tidak mencapai sasaran awal namun kita harapkan dengan pengurusan baru yang telah diambil sepenuhnya oleh MPKB, pasukan ini mampu bersaing rapat hingga berjaya mara ke Liga Perdana pada 2018.

Share on Google Plus

About RedsFC

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 ulasan: