Kolumnis Reds : Drama Bajet Rendah KAFA Kini Di Penghujung Cerita.


Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) sebenarnya tidak perlu menunggu sehingga 29 Disember untuk menentukan keputusan mereka sama ada beraksi atau tidak dalam saingan Liga Malaysia 2017. 


Jika melihat pada situasi semasa persatuan dan pasukan, kisah ini ibarat drama bajet rendah dan semata-mata mendapat respon dari penyokong bola sepak termasuk pimpinan kerajaan negeri dan pusat. 

Ia diatur agar menunjukkan KAFA kini dalam situasi terdesak dan berdepan kekangan penajaan serta kewangan yang serius. Bagaimanapun, setiap ancaman yang dilontar dilihat tidak selari dengan setiap perkara yang berlaku.

Begitu juga kenyataan demi kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak exco, banyak bercanggah antara satu sama lain selain membuka pekong mereka sendiri yang gagal untuk mencari sejumlah wang untuk menggerakkan persatuan dan pasukan bola sepak The Red Warriors.

Dari ketua kerajaan negeri hinggalah ketua kepada kerajaan pusat, kedua-dua sudah mengeluarkan kenyataan agar Kelantan kekal bersaing di persada liga elit Malaysia.

Selepas ini, jika ia masih berterusan, pastinya akan menimbulkan rasa muak dan kecewa dari sang peminat kerana saingan belum bermula tetapi cerita-cerita kurang enak sudah dimaklumi oleh pihak luar.

Walaupun dilihat memalukan, KAFA pasti tidak kisah untuk terus berdrama kerana bagi mereka ia tidak penting asalkan kewangan yang dimahukan dapat diperoleh tanpa bekerja keras dek simpati demi simpati yang ditabur pemimpin serta peminat.

Lihat sahaja selepas ini bagaimana kesudahan cerita yang sedang berlangsung hangat.

Yang pastinya, Happy Ending.

Share on Google Plus

About RedsFC

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

1 ulasan:

Anonymous said...

kakakkakaka keno ke demo boh.