TRW 2017 : Kelantan Tidak Menentu.

The Red Warriors dalam keadaan terdesak melihat pada perkembangan terkini pasukan di kala pencabar lain kini giat dalam persiapan menghadapi Liga Malaysia 2017.


Selepas pengunduran Velizar Popov, Kelantan dikejutkan pula dengan hasrat Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa untuk berundur dari jawatan tersebut.

Walaupun masih banyak permasalahan 2016 yang masih belum selesai, Annuar Musa tekad untuk mengundur diri walaupun jawatankuasa tertinggi KAFA yang bermesyuarat menolak surat yang telah dihantar beberapa hari sebelum itu.

Lebih menyakitkan kepala, skuad Kelantan kehilangan hampir separuh pemain tonggak mereka kepada pasukan lain.

Antara nama - nama yang telah disahkan keluar ialah Wan Zack Haikal, Wan Zaharul Nizam, Noorhazrul Mustapha, Brendan Gan serta kesemua pemain import kecuali Morgaro Gomis.

Beberapa nama lagi masih belum tentu nasib mereka. Ketua Pasukan, Badri Radzi masih bermain tarik tali dengan kontrak baru, Norfarhan, Daudsu serta Zairul Fitree pula dilaporkan cuba dilamar beberapa pasukan dari Liga Super dan Liga Perdana.

Abdul Manaf Mamat serta Muslim Ahmad pula dikabarkan meminta pelepasan untuk menyarung jersi Terengganu 2017.

Ketika Mohd Qayyum dan Faris Shah Rosli menandatangani kontrak baru untuk kekal bersama Khairul Fahmi serta Nik Shahrul Azim, The Red Warriors sebenarnya terus pincang kerana pengunduran beramai-ramai pemain utama yang menjadi tunjang sebelum ini dilihat tiada penganti berkaliber.

Kerusi panas Ketua Jurulatih juga masih belum diisi malah pengumuman awal Annuar Musa untuk memulakan 2017 seawal 20 November 2016 masih berada dalam situasi tidak menentu.
Share on Google Plus

About RedsFC

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 ulasan: