Piala Emas Raja-Raja 2016 : Kelantan Mesti Cari Jaringan Selesa.

Skuad Piala Emas Raja-Raja Kelantan berwaspada dengan ancaman Kuala Lumpur apabila menanti kunjungan pelawat pada saingan suku akhir pertama, malam ini.


Beraksi di kandang sendiri, skuad bimbingan Hashim Mustapha perlu memberikan corak permainan laju untuk menundukkan pelawat.

Kuala Lumpur bukan calang-calang pasukan dan kejayaan mereka mara ke pusingan kalah mati adalah berdasarkan merit.

Mereka berjaya memberikan impak malah mengejutkan pasukan pilihan untuk mara bersama Kedah.

Berbeza dengan tuan rumah, mereka layak selepas dua pasukan dari kumpulan terpaksa menarik diri selepas perlawanan dibatalkan tanpa sebab dan dipindah ke Kajang.

Justeru itu, Sang Kijang harus menggunakan segala kelebihan yang mereka ada untuk mencari jaringan seterusnya bertandang ke Selayang seminggu dari sekarang dengan kelebihan gol yang selesa.

Kegagalan melakar jaringan selesa akan menyebabkan mereka gagal mencapai sasaran mara ke final dan muncul juara pada edisi kali ini.

Share on Google Plus

About RedsFC

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 ulasan: