Kapten Piya, Kemana Hala Tuju?

Ketua pasukan Kelantan, Mohd Badri Radzi masih belum bersedia menandatangani kontrak baru untuk kekal di Kota Bharu sekurang-kurangnya satu musim lagi.


Menurut temubual beliau bersama media beberapa hari lalu, Badri mengakui sudah menerima tawaran kontrak baru dari Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) namun masih belum membuat keputusan.

Beliau turut mengakui ada beberapa pasukan dari Liga Perdana dan Liga Super turut menawarkan kontrak lumayan untuk khidmatnya pada musim hadapan.

Bagaimanapun, Badri masih enggan menurunkan tandatangan kerana mahu memikirkan dengan lebih lanjut tawaran tawaran yang telah dikemukakan.

Pemain yang mendapat jolokan Piya ini dilaporkan akan ke Mekah untuk menunaikan umrah sebelum membuat keputusan penting tersebut.

Sementara itu, menurut sumber yang dihubungi oleh RedsfcNews, Badri Radzi dilaporkan mendapat tawaran dari pasukan PDRM serta Melaka United bagi musim 2017.

Dua pasukan berkenaan sedia berbelanja besar malah sanggup mengeluarkan amaun tinggi buat Badri jika kapten Kelantan itu sanggup bermain bersama mereka.

Share on Google Plus

About RedsFC

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 ulasan: