Kerajaan Negeri Rai Pemain Kelantan.

Walaupun gagal mempertahankan kejuaraan dalam saingan Piala Malaysia 2011, pasukan The Red Warriors tetap diraikan dan menerima ganjaran daripada Kerajaan Negeri Kelantan atas sumbangan mereka menaikkan nama negeri di persada negara.


Sumbangan ganjaran sebanyak RM85 000 walau dilihat kecil tetapi besar maknanya kepada pemain dan pihak pengurusan pasukan kerana ia satu penghargaan besar kepada usaha mereka dalam kejohanan bola sepak tempatan.

Lebih membanggakan, Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat sendiri turun dalam satu majlis makan tengahari bersama pemain dan pihak pengurusan pasukan Sang Kijang sebelum menyampaikan sumbangan wang kepada semua yang hadir.



Menurut Tuan Guru, sumbangan kerajaan sebanyak RM85 ribu sebagai galakan untuk meningkatkan lagi usaha di masa akan datang. Semoga Red Warriors terus bersemangat untuk memberikan kebanggaan kepada seluruh rakyat Kelantan.


‎"Tuan-tuan pemain bolasepak, saya pula pemain politik. Masing-masing ada peraturan. Dalam bola tak boleh menang dengan cara tipu, demikian juga dalam politik, pilihanraya dimenangi dengan cara tipu juga tak boleh."

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Belia, Sukan & NGO Negeri, Abdul Fatah Mahmood, ahli Exco Kelantan, jemputan kehormat, pengurus pasukan serta semua pemain Kelantan untuk musim 2011.

Presiden KAFA, Tan Sri Annuar Musa pula tidak kelihatan kerana berada bersama skuad Kebangsaan di Kuala Lumpur. -RedsfcNews-

Sumber : Laman Facebook Tok Guru.

Share on Google Plus

About RedsFC

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 ulasan: