Kelantan Lakukan Persiapan Awal.

Kelantan bersiap awal sebelum aksi suku akhir Piala Malaysia apabila mengadakan perlawanan persahabatan dengan kelab divisyen Thailand, Songkhla FC di Stadium Sultan Muhamad Ke-IV, Kota Bharu.




Tempoh rehat sepuluh hari nyata digunakan sepenuhnya pihak pengurusan Kelantan untuk menambahkan sengat pasukan sebelum hadir perlawanan pertama di Kuala Terengganu, minggu depan.

Selain itu, perlawanan persahabatan ini turut menjadi tempat Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) menguji empat pemain import untuk diserapkan kedalam The Red Warrios pada musim 2012.

Berbalik kepada perlawanan persahabatan, kedua-dua pasukan pernah bertemu sebelum ini di Stadium Tinsulanon dengan Kelantan menang 1-0 tetapi perlawanan tidak sempat ditamatkan kerana masalah teknikal.

Walau beraksi dalam divisyen pertama Liga Thailand, The Fighting Bulls tidak boleh dipandang remeh kerana mereka mempunyai tujuh pemain import untuk memperkuatkan pasukan dari semua posisi.

Mereka turut dibimbing bekas pemain Kelantan selama tiga musim, Woorawoot T. Srimaka selain berkedudukan ketujuh dalam liga setakat ini. -RedsfcNews-

Share on Google Plus

About RedsFC

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

1 ulasan:

Moderator said...

Saksikan kehadiran Awe Import dlm TRW Jumaat ni.