Kelantan Tidak Layak Tersenarai.

Adakah anda gembira dengan statistik yang dikeluarkan International Federation of Football History and Statistics (IFFHS) mengatakan The Red Warriors berada di tempat ketujuh Asean dan ke-317 dunia.


Adakah anda berbangga dengan statistik yang dikeluarkan ini atau langsung tidak mahu ambil tahu dengan pencapaian Kelantan selepas lima tahun dibina dengan titik peluh serta luahan air mata dari semua pihak.


Sudah setarafkah Kelantan dengan beberapa kelab terbaik Asean yang sering berada di kejohanan AFC sehinggakan mudah mendapat tempat 10 terbaik.

Ini semua menimbulkan persoalan, bagaimanakah pihak yang mengeluarkan senarai tersebut melakukan pengiraan sehingga membenarkan Kelantan muncul dalam senarai itu,

Bagi pengarang, Kelantan masih belum layak sebenarnya untuk diletakkan di tempat tersebut jika dilihat pada jumlah kejayaan yang dicapai sehingga kini.

Benar, dalam masa lima tahun, Sang Kijang merangkul kejuaraan Piala Malaysia, Piala Sumbangsih, Liga Super serta muncul naib johan dalam semua pertandingan domestik sehingga meletakkan Kelantan setaraf dengan beberapa pasukan terbaik Asean dan Dunia namun pernahkah kita berfikir bahawa Wira Merah hanya dilihat selaku jaguh kampung.

Mereka gah didalam negara dengan pelbagai kejayaan membanggakan tetapi masih belum dapat menunjukkan keupayaan sebenar di pentas Asia.

Semua perkara diatas menjadi faktor-faktor mengapa pengarang tidak terlalu teruja dengan senarai yang dikeluarkan kepada pasukan bola sepak Kelantan. 

Faktor-faktor ini juga menyebabkan penulis berasa Kelantan masih tidak sepatutnya tersenarai kecuali mereka benar-benar sudah bersiap siaga memecahkan tembok yang terbina dalam kejohanan peringkat lebih tinggi.

Oleh itu, tugasan berat kepada Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) dan semua pihak pengurusan pasukan termasuk pemain untuk membuktikan kenapa dan mengapa mereka layak menghuni kedudukan seperti yang diumumkan.

Biarpun aksi kejohanan Asia hanya akan bermula pada musim hadapan, langkah pertama The Red Warriors ialah cuba dahulu mempertahankan kejuaraan Piala Malaysia, 

Selepas itu, mereka perlu membina satu pasukan mantap, bersiap sedia untuk menggegarkan Piala AFC serta mencipta satu lagi sejarah pasukan pertama dari Malaysia layak ke pentas final.

Barulah kejayaan yang diperoleh meletakkan kita dengan gah didalam senarai tanpa bangkangan dari mana-mana pihak.

-RedsfcNews-

Share on Google Plus

About RedsFC

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 ulasan: