Kelantan Tersingkir.

Terengganu meneruskan penguasan mereka apabila membenam cabaran Kelantan 5-3 secara agregat dalam saingan suku akhir Piala Malaysia 2011.


Perlawanan yang berlangsung dihadapan hampir 30 000 penyokong setia The Red Warriors, pemain Terengganu bagaimanapun bijak menyerap tekanan untuk menguasai perlawanan.

Kelantan sebenarnya lebih berpeluang berada didepan selepas percubaan awal Mohd Badri Radzi gagal menembusi gawang pelawat selepas palang gol menjadi penghalang.

Kegagalan tuan rumah untuk melakukan jaringan membuka peluang kepada Terengganu meledak gol pertama selepas Ashaari Shamsudin bijak melepasi kawalan Wan Zaman Mustapha sebelum melakukan sepakan lambung kedalam pintu gol Kelantan pada minit ke-18.

Kealpaan jentera pertahanan Kelantan terus dihukum pada minit ke-39 selepas Ashaari Shamsudin mengandakan jaringan Terengganu hasil larian pantas dari sebelah kiri pintu gol seterusnya menyepak masuk menewaskan Khairul Fahmi Che Mat.

The Red Warriors hampir merapatkan jurang pada masa tambahan separuh masa tetapi jaringan yang dilakukan Azamuddin Mohd Akil bagaimanapun dibatalkan kerana berkedudukan Offside.


Pada babak kedua, Kelantan melakukan perubahan taktikal dengan harapan mampu melakukan jaringan pertama tetapi benteng pelawat diketuai Marzuki Yusoff tampil bijak mematahkan serangan.

Sehinggalah pada minit ke-53, kesilapan Sharbinee Alawee menangkap kemas hantaran lambung Norshahrul Idlan membuka ruang buat Azamuddin menampan masuk ke dalam gawang ternganga luas.


Jaringan pertama menambah semangat pemain Kelantan memburu jaringan seterusnya.

Minit ke-70, Kelantan dianugerahkan sepakan penalti selepas pengadil mendakwa bola terkena tangan pertahanan Terengganu didalam kotak, Mohd Badri Radzi mudah menyepak masuk untuk gol kedua tuan rumah.

Selepas jaringan tersebut, pemain Terengganu dilihat berkampung di kawasan sendiri dengan kadangkala melakukan serangan balas kearah pintu gol tuan rumah.

Tambahan masa empat minit yang diberikan gagal dimanfaatkan kedua-dua pasukan untuk menambah jaringan dengan perlawanan berkesudahan seri 2-2 memberikan Terengganu bekal selesa layak ke separuh akhir dengan kelebihan tiga jaringan.

Mengiringi Terengganu ke separuh akhir ialah T-Team, Selangor dan Negeri Sembilan.

Senarai Pemain

Kelantan: Datuk M. Karathu
Khairul Fahm (Gk), S. Subramaniam, Farisham Ismail, Wan Zaman Mustapha (Izuan Salahudin), Rizal Fahmi Rosid. Khairan Ezuan (Nidzad Ayub), Mohd Badri Radzi (Kp), S. Chanturu (Ramzul Zahini Adenan), Nurul Azwan Roya, Azamuddin Akil dan Norshahrul Idlan Talaha.

Terengganu: Irfan Bakti
Sharbinee Alawee (Gk), Marzuki Yusof (Kp), Nik Zul Aziz, Mazlizam Ahamd, Ashaari Shamsudin, Reshafiq Alwi, Nordin Alias, Abdul Manaf Mamat, Joseph Kallang Tie dan Abdul Hadi Yahya.

Share on Google Plus

About RedsFC

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 ulasan: