Isu Tiket Di Kuala Terengganu Dapat Reaksi Peminat.

Isu kekeliruan tiket yang dikeluarkan Persatuan Bola Sepak Terengganu (PBNST) untuk perlawanan suku akhir pertama Piala Malaysia diantara Kelantan dan Terengganu mendapat reaksi pelbagai dari peminat bola sepak Sang Kijang.


Mereka secara jelas menuntut pihak persatuan Terengganu menjelaskan keadaan sebenar mengapa berlakunya kekeliruan tersebut. PBNST selaku badan yang bertanggungjawab wajar lebih telus dengan menyatakan apa yang sebenarnya berlaku.

Para penyokong juga mahu pihak yang terlibat menjernihkan dengan segera perkara tersebut kerana beberapa perkara berbangkit yang berlaku semasa mereka hadir ke venue lawan menyebabkan keadaan menjadi lebih kelam kabut.



Menurut mereka lagi, kehadiran para penyokong Kelantan bukan untuk melihat kecelaruan pengurusan stadium di pintu masuk tetapi mereka datang dari jauh untuk menyaksikan perlawanan pasukan kesayangan mereka.

Selain itu, mereka juga menuntut penjelasan PBNST mengapa tiket perlawanan lepas digunakan sebagai pas untuk masuk kedalam stadium.

Tindakan ini secara jelas menunjukkan kurangnya tahap persediaan pihak pengurusan pasukan Terengganu menyediakan kemudahan dan keselesaan kepada peminat lawan yang bertandang ke arena mereka.

Sepatutnya PBNST selaku badan bertanggungjawab lebih menyedari perlawanan kedua-dua pasukan bakal menerima kebanjiran penyokong kedua-dua pasukan dan mereka sepatutnya sudah lebih bersedia untuk menangani segala kemungkinan yang akan berlaku.

Jangan lebih mencanangkan di pihak media tetapi sebenarnya mereka langsung gagal menyediakan satu suasana mesra dan efektif disaat perlawanan terbesar akan diladakan di tempat mereka.-RedsfcNews-

Share on Google Plus

About RedsFC

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 ulasan: