Berita dan Profil Chikondi Mpulala.

Kelantan meneruskan pemburuan pemain import terbaik untuk saingan Liga Malaysia dan Piala AFC 2012 apabila melakukan percubaan keatas penyerang antarabangsa bawah 23 tahun Malawi, Chikondi Mpulala.



Menurut Presiden KAFA, Tan Sri Annuar Musa di laman sosial Facebook, pemain ini akan tiba hari Rabu di Kota Bharu seterusnya menyertai tiga lagi pemain import lain untuk beraksi dalam perlawanan persahabatan menentang Songkhla FC.

Chikondi merupakan penyerang terbaik Liga Super Malawi musim ini selepas menjadi penjaring terbanyak dengan 18 gol selain menjadi pemain harapan negara itu dalam kejohanan peringkat dunia.

Beraksi selaku penyerang utama skuad Malawi bawah 23 tahun, dia mula menarik perhatian ramai pihak termasuk kelab dari luar negara namun kelibat dia didalam skuad senior Malawi tidak dapat dilihat ekoran tindakan ketua jurulatih, Kinnah Phiri meminggirkan Chikondi disebabkan beberapa masalah disiplin yang dilakukan pemain ini.

Pada pertengahan May tempoh hari, Chikondi telah menarik perhatian kelab Bloemfontein Celtic dari Afrika Selatan untuk menjalani tempoh percubaan selama dua minggu tetapi tidak terpilih.

Bakat pemain ini turut mendapat pujian menggunung daripada lagenda Afrika Selatan yang juga pengurus Bloenfontein Celtic, John Maduka kerana prestasi serta ketajaman yang dimiliki didepan pintu gol.

Profil
Nama: Chikondi Mpulala
Umur: 18 Tahun
Negara: Malawi (u-23)
Status Pro: 2011
Posisi: Penyerang
Kelab: 
2011 Blantyre United (8 Gol)
2011 Blue Eagles FC (10 Gol)

Share on Google Plus

About RedsFC

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

1 ulasan:

Mr Udae said...

Chikondi Mpulula to Attend Malaysia Trials

Blue Eagles striker Chikondi Mpulula is set to leave on Wednesday for trials in Malaysia, the club’s
chairperson Elijah Kachikuwo has confirmed.
Mpulula, who has seven goals in 14 Super League games, will join FC Kelentan for two-week trials.
"He departs with the blessings of the Inspector General [Peter Mukhito]. We will surely miss him since
he is our reliable goalscorer," Kachikuwo told Zodiak Broadcasting Station on Monday morning.
The trials have been facilitated by an agent from Lebanon through his local contact Greyson Chapita, who
is also a sports reporter.
"According to the invitation letter that I have, his first trial game is on October 7 2011. I am facilitating the
deal from here together with the main broker, a Fifa players and match agent from Lebanon, but based in
Malaysia," Chapita said yesterday through an e-mail.
Internet information shows that Kelentan are currently topping the 14-member Malaysia Super League
with 56 points from 26 games.
Mpulula will have a second attempt at professional football after failing to make the grade at
Bloemfontein Celtic of South Africa early this year.

Sumber: The Nation