Ulasan Perlawanan: Kelantan Juara Kumpulan C.

Kelantan muncul juara Kumpulan C saingan Piala Malaysia 2011 selepas membenam cabaran Felda United 2-0 di Stadium Sultan Muhamad Ke-IV, Kota Bharu, malam tadi.


Permulaan babak pertama perlawanan sedikit hambar apabila kedua-dua pasukan bermain secara berhati-hati.

Sehinggalah minit ke-20, hasil satu lintangan rendah Azamuddin gagal ditangkap kemas penjaga gol Felda United tetapi Izuan Salahudin gagal menampan masuk sebelum dikeluarkan Khaironisam Sahabudin.

Empat minit selepas itu, Kelantan hampir didepan namun tandukan terbang Rizal Fahmi Rosid tersasar.

Pada minit ke-37, Liew Kit Kong mendapat ruang cukup luas didepan gawang Kelantan hasil keadaan kelam kabut tetapi cubaan pemain ini ditangkap kemas Shahrizan Ismail.

Azamuddin Akil pula menyaksikan sepakan kencang dari luar kotak penalti pada minit ke-43 sedikit tersasar.


Bersambung babak kedua, Felda terlebih dahulu memulakan ancaman melalui sepakan meliar Mohd Lot Abu Hassan pada minit ke-51.

Tidak lama kemudian, keadaan kelam kabut didepan gawang Felda hampir mengundang padah kepada pasukan pelawat selepas tampanan Azrul Ahmad terkena palang gol.

Kelantan akhirnya berjaya memecahkan kebuntuan hasil jaringan Norshahrul Idlan Talaha berpunca dari sepakan percuma Azamuddin Akil kepada Shakir yang terus melakukan hantaran kedalam kotak penalti pada minit ke-61.

Norshahrul terus mengganas dengan jaringan kedua peribadi pada minit ke-70 selepas mudah menyepak masuk menewaskan A. Zainal Rabin hasil hantaran jarak jauh Mohd Izuan Salahudin.

Tiga minit selepas itu, sepakan kencang Mohd Badri Radzi dari luar kotak penalti melambung tinggi.


Norshahrul hampir menjaringkan hatrik pada minit ke-76 tetapi sepakan deras penyerang Kelantan tersebut berjaya ditepis keluar A. Zainal Rabin.

Felda United terus hampa apabila satu-satunya peluang keemasan yang dimiliki hasil serangan balas disia-siakan Azrul Ahmad pada minit ke-78.

Pada minit ke-84, bemula dengan gerakan Azamuddin dari sebelah kiri, Ramzul menyepak keluar walaupun tidak dicabar pertahanan Felda United.

Cubaan meliar Mohd Badri Radzi pada minit ke-90 menutup tirai perlawanan dengan Kelantan mengutip tiga mata penuh untuk mengesahkan kedudukan mereka di tangga pertama kumpulan C.

Kesebelasan Utama:

Kelantan: Datuk M. Karathu
Shahrizan Ismail (Gk), Aziz Ismail, Farisham Ismail, Rizal Fahmi Rosid, Nik Shahrul Azim, Danial Fadzley (Ramzul Zahini), Shakir Shaari, Izuan Salahudin, Mohd Badri Radzi (Kp), Azamuddin Akil dan Norshahrul Idlan Talaha.

Felda United: E. Elevarasan
A. Zainal Rabin (Gk), Khaironisam Shahabudin (Kp), Juzaili Samion, Azrul Azmi, Rashid Mahmud, Liew Kit Kong, Lot Abu Hasan (Zamri Chin), Azrul Ahmad, S. Sivanesan, K. Ravidran (K. Rajan) dan Farderin Kadir.

Statistik Perlawanan

Gol 
Kelantan 2-0 Felda United

Offside
Kelantan 4-7 Felda United

Sepakan Sudut
Kelantan 11-3 Felda United

Kad Kuning
Kelantan 2-1 Felda United

Posisi Bola (%)
Kelantan 60-40 Felda United

Share on Google Plus

About RedsFC

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 ulasan: