Kelantan dan Felda Tentu Juara Kumpulan C.

Kelantan dan Felda United akan bertemu pada perlawanan terakhir Piala Malaysia Selasa depan untuk merebut status selaku juara kumpulan C.


Selepas perlawanan kelima, kedua-dua pasukan sudah mengesahkan tempat mereka ke suku akhir dengan mengutip 10 mata namun Kelantan lebih bernasib baik berada di tempat pertama hasil kelebihan jaringan gol.

Mereka layak selepas mengenepikan saingan dua lagi pencabar kumpulan, Johor FC dan Sarawak.

Dalam perlawanan terakhir, kedua-dua pasukan sebenarnya tidak mempunyai pilihan selain mencatatkan kemenangan jika mahu mengungguli saingan peringkat kumpulan.

Selain itu, mereka juga pasti mahu mengelakkan bertemu dengan lawan yang dirasakan akan membantutkan hasrat mereka untuk mara jauh sehingga ke pentas final.

Untuk catatan, Kelantan dan Felda dijangka akan menentang lawan dari kumpulan B dimana ketika ini saingan masih lagi terbuka dengan Terengganu dan Negeri Sembilan turut bersaing sesama mereka untuk merebut kedudukan pertama. -RedsfcNews-

Share on Google Plus

About RedsFC

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 ulasan: