Bukan Tiga Tetapi Empat.

Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) berhasrat untuk mendapatkan empat pemain luar negara menyertai The Red Warriors pada musim 2012.


Menurut Presiden, Tan Sri Annuar Musa, pihak persatuan mahu penyertaan pertama Kelantan dalam Piala AFC adalah untuk mencipta kegemilangan bukan hanya menimba pengalaman selain akur dengan cabaran sengit dalam Liga Malaysia tahun depan.

Kita akan mendaftarkan tiga pemain import dalam Liga Malaysia biarpun FAM hanya menetapkan dua pemain sahaja dan seorang lagi kita akan pinjam menjadikan empat keseluruhan seperti syarat yang telah ditetapkan AFC.

Dua pemain akan bermain dalam saingan Liga dan kesemua pemain import yang direkrut akan diturunkan untuk saingan Piala AFC.

Kelantan memikul tanggungjawab besar kerana membawa cabaran negara ke peringkat Asia dan kita tidak mahu penyertaan ini sekadar pendedahan kepada pasukan.

Pihak KAFA turut mengintai beberapa pemain skuad Malaysia untuk memperkuatkan pasukan dalam semua kejohanan. -RedsfcNews-

Sumber Berita: Sinar Harian.
Edit: RedsfcNews

Share on Google Plus

About RedsFC

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

1 ulasan:

Anonymous said...

Ada wajarnya KAFA membuat perkiraan masa depan pasukan dengan pelbagai perancangan dan strategi.
Namun untuk masa terdekat ini, semua pihak terutama pengurusan dan pihak kejurulatihan memberi tumpuan untuk menghadapi pasukan Terengganu dalm suku akhir Piala Malysia dahulu !