B. Sathianathan Latih ATM.

Bekas ketua jurulatih Kelantan musim 2009/2010, B. Sathianathan dilaporkan telah bersetuju untuk melatih Angkatan Tentera Malaysia (ATM) untuk musim 2012.


Menurut sumber, Sathia dijangka akan mengadakan sidang media pada tengahari ini di Ibu Kota berkaitan perpindahan beliau ke ATM berkuatkuasa serta merta.

Laporan itu diperkuatkan lagi dengan kenyataan Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa di laman Facebook menyentuh tentang komen beliau berkaitan perpindahan Sathianathan.

Sebelum ini, RedsfcNews telah melaporkan perpindahan Sathia ke ATM namun gagal mendapatkan pengesahan lanjut menyebabkan laporan itu senyap sehinggalah blogger sukan, Rizal Hashim kembali menimbulkan isu ini kepada khalayak. -Baca sini-

Selain Sathia, dua lagi pegawai KAFA dijangka turut menyertai ATM selaku tenaga kejurulatihan.

Untuk catitan, Sathianathan merupakan jurulatih pertama membawa Kelantan menjulang kejuaraan utama Liga M apabila muncul johan dalam Piala Malaysia 2011 sebelum digantung enam bulan oleh FAM kerana kritikan beliau terhadap badan induk bola sepak Malaysia tersebut. -RedsfcNews-

Share on Google Plus

About RedsFC

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 ulasan: