Songkhla Bukan Lawan Mudah.

Pasukan Kelantan turun perlawanan persahabatan terakhir Pra Piala Malaysia menentang Songkhla FC di Stadium Tinsulanon, Songkhla, Thailand, malam ini.

www.SongkhlaFC.com
Semua pemain The Red Warrior yang bertandang ke Songkhla diminta meneruskan momentum cemerlang seperti yang mereka tonjolkan ketika beraksi melawan empat pasukan Liga Malaysia, baru-baru ini.

Ini kerana, pertembungan dengan skuad bimbingan Woorawoot T. Srimaka, Kelantan tidak dijanjikan laluan mudah mencapai penamat cemerlang dalam perlawanan persahabatan.

Songkhla bukan sebuah pasukan yang mudah ditundukkan kerana mereka beraksi dalam Liga Divisyen 1, Thailand dan menamatkan musim lepas di kedudukan ke-empat.

Songkhla FC turut diperkuatkan dengan tujuh pemain import luar negara selain beberapa pemain muda yang pernah beraksi di Liga Juara Asia serta Liga Kelab Asean.

Justeru itu, pertemuan yang diatur dengan pasukan Thailand ini dilihat sebagai persiapan terbaik kepada ketua jurulatih Kelantan untuk mencari seberapa banyak kelemahan dari pemain The Red Warriors.

Pertembungan ini juga menjadi kayu pengukur buat Datuk M. Karathu melihat sejauh mana kekuatan skuad pada musim ini dapat memberikan persembahan yang memungkinkan untuk mempertahankan kejuaraan Piala Malaysia yang dimenangi pada musim lalu. -RedsfcNews-

Share on Google Plus

About RedsFC

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 ulasan: