Shahrizan Akhirnya Bolos Juga.


Kekebalan Shahrizan mengawal kawasan terakhir Kelantan akhirnya lebur dengan jaringan Mohd Fitri Omar pada minit ke-23 aksi persahabatan Kelantan dan T-Team sempena persiapan Piala Malaysia 2011 di Stadium Sultan Muhamad Ke-IV, Kota Bharu, malam tadi.


Jika sebelum ini Shahrizan begitu ampuh menyelamatkan kubu The Red Warriors dari ancaman pihak lawan, bisa penjaga gol berpengalaman ini gagal untuk menghalang Fitri membolosi gawang kawalannya dengan satu sepakan penalti kencang.

Namun begitu, kegagalan mempertahankan rekod tidak bolos tidak menjadi persoalan besar kepada pemain berpengalaman ini.

Shahrizan sebenarnya sudah menunjukkan kepada pihak penyokong, aksi dia tidak berkarat dan masih lagi mampu membantu Kelantan dalam setiap perlawanan yang akan dihadapi.

Dia bukan sahaja melakukan beberapa aksi "super save" malah berganding hebat dengan pemain pertahanan Kelantan untuk mengekang setiap percubaan pasukan lawan.

Untuk Piala Malaysia 2011 yang dibuka tirai perlawanan pada 6 September, Mohd Shahrizan Ismail kemungkinan kembali mendapat tempat selaku penjaga gol utama The Red Warriors selepas Khairul Fahmi Che Mat sibuk dengan tugasan antarabangsa. -RedsfcNews-

Photo : J Photography.

Share on Google Plus

About RedsFC

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 ulasan: