Profil penuh R. Surendran.


R. Surendran pemain profesional Liga Bola Sepak Tempatan, dilahirkan pada tahun 1982 di Taiping, Perak. Dikhabarkan juga pemain ini berasal dari negeri Cik Siti Wan Kembang tetapi tiada maklumat lanjut diperolehi.


Mula berkecimpung dalam sukan bola sepak selepas terpilih mewakili skuad Piala Presiden Perak pada tahun 2002. Bermain selaku penyerang utama, setahun selepas itu, R. Surendran dinaikkan pangkat kedalam pasukan senior tetapi terpaksa memendam seketika hasrat untuk bermain di posisi permulaan kerana ketika itu Perak sedang diperkuatkan dengan penyerang berbisa, Khalid Jamlus.

Empat tahun menabur bakti dengan Perak, Surendran memilih untuk keluar dari pasukan Seladang ekoran masalah dalaman yang meruncing untuk menyertai Selangor. Ketika di Selangor, R. Surendran diletakkan selaku penyerang utama dibawah kendalian K. Devan namun khidmat pemain ini tidak disambung untuk tahun 2011 memaksa dia berpindah ke Pahang.

Sepanjang berkecimpung dalam Liga Malaysia, R. Surendran memiliki banyak kejayaan termasuklah mengondol piala utama yang dipertandingkan. Ketika mewakil Perak, Surendran mendapat kejuaraan dalam Liga Perdana 1, Piala FA dan Piala Sumbangsih. Selain itu, dia turut terbabit ketika Perak mendapat naib johan dalam Piala Malaysia, Piala Sumbangsih, Piala FA dan Liga Perdana 1.

Ketika mewakil Selangor, R. Surendran menambah koleksi pingat selepas membantu Merah Kuning muncul juara dalam Liga Super (2 kali), Piala Sumbangsih (2 kali) dan Piala FA.

Bersama Pahang, pemain ini gagal melakukan penyudah yang diharapkan untuk membantu pasukan Pahang kekal di Liga Super pada musim depan.

Profil Pemain

Nama:
Surendran a/l Rasiah

Asal:
Perak

Umur: 
29 Tahun

Posisi:
Penyerang

Kelab Asal:
Pahang FA

Kejayaan

  • Perak : Juara -  Liga Perdana 1 (2003), Piala FA (2004), Piala Sumbangsih (2005/2006)
  • Perak : Naib Juara - Piala Malaysia (2007), Piala FA(2005), Liga Perdana 1(2007)
  • Selangor : Juara - Liga Super (2009/2010), Piala Sumbangsih (2009/2010), Piala FA (2009)
  • Selangor : Naib Juara - Piala Malaysia (2008) dan Piala FA (2008)
By: RedsfcNews


Share on Google Plus

About RedsFC

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 ulasan: