Prebiu Perlawanan Persahabatan : Songkhla FC mln Kelantan.

The Red Warriors bertandang ke Stadium Tinsulanon menentang Songkhla FC dalam perlawanan persahabatan terakhir persiapan Piala Malaysia 2011 dalam misi mempersiapkan pasukan ke tahap terbaik sebelum bercuti rehat sempena Aidilfitri.


Perlawanan yang amat dinanti-nantikan oleh peminat pasukan Songkhla kerana satu penghormatan besar kepada mereka dengan kehadiran skuad juara Kelantan ke Tinsulanon menentang The Fighting Bulls.

Ujian getir bakal dihadapi kesemua pemain Kelantan menentang kelab dari Thailand selepas tampil cemerlang dalam empat kemenangan perlawanan persahabatan sebelum ini.

Songkhla FC merupakan sebuah pasukan semi profesional berpengkalan di bandar Songkhla, bermain dalam Liga Divisyen 1 Thailand sejak tahun 2009. Songkhla bukan calang-calang pasukan kerana mereka hampir sahaja layak beraksi di Liga Premier Thailand (sama taraf dengan MSL) namun kecewa gagal melepasi perlawanan playoff selain ketinggalan dua mata kepada pasukan atasan dalam percubaan dua tahun menuju liga utama.

Namun begitu, kekuatan Songkhla bukan boleh dipandang mudah sementelah kehadiran tujuh pemain import selain tiga pemain tempatan yang pernah beraksi dengan pasukan bertaraf Liga Kelab Asean serta Liga Juara Asia.

Bagi Kelantan, perlawanan persahabatan yang diatur dengan Songkhla sangat penting dan boleh dijadikan medan mencari kesebelasan terbaik yang dapat diturunkan dalam Piala Malaysia nanti.

Perlawanan ini turut menjadi tempat ketua jurulatih Kelantan mencari seberapa banyak kelemahan untuk diperbaiki seterusnya membina skuad sesempurna mungkin untuk mempertahankan kejuaraan Piala Malaysia musim ini.

Songkhla FC


Woorawoot T. Srimaka mungkin akan menurunkan barisan terkuat melawan bekas pasukan yang diwakili bermula 2002 sehingga 2004. Dia dijangka meletakkan sehingga lima pemain import didalam pasukan seperti mana dilakukan ketika menewaskan Kedah 1-0, minggu lalu.

Pemain import yang perlu diberi perhatian ialah pemain tengah dari Ghana dan Brazil, Kwadwo Boamah dan Santos Chayene. Selain itu, Songkhla turut diperkuatkan dengan kehadiran striker dari Korea, Lee Hwa Seob. Tiga pemain ini seringkali menjadi nadi kepada Songkhla FC dalam perlawanan Liga Divisyen mereka.

Nama tempatan seperti Chaiyat Madsiri, Panai Kongpraphan, Nantawet Chanuthai serta Noppanon Kachaplayuk turut memerlukan perhatian lebih dari pemain Sang Kijang kerana dua dari pemain dari ini pernah beraksi dengan skuad Liga Juara Asia.

Selain itu, Songkhla juga memiliki kepantasan dalam serangan balas selain menggunakan sepenuh ketinggian yang dimiliki pemain mereka mencari jaringan melalui sepakan sudut, situasi bola mati seperti sepakan percuma.

Kelantan FA.


Seperti yang diberitahu Datuk M. Karathu, kemungkinan besar beliau akan menurunkan skuad kesebelasan sama menentang T-Team pada awal permainan, malam ini.

Dijangka Shahrizan akan berada di posisi nombor satu manakala S. Subramaniam mengetuai barisan pertahanan bersama dengan Aziz Ismail, Daudsu dan Farisham. Jika ada pertukaran, kemungkinan Rizal Fahmi masuk selaku pertahanan tengah di posisi Farisham Ismail.

Jentera tengah, Badri Radzi selaku ketua pasukan, manakala Shakir melengkapkan "midfield center" dengan Chanturu dan Azwan Roya bermain selaku pemain sayap. Norshahrul Idlan dan Azamuddin Akil terus diberi peranan selaku penyerang pada perlawanan dengan Songkhla. -RedsfcNews-

Share on Google Plus

About RedsFC

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 ulasan: