Mampukah TRW Pertahan Piala Malaysia.


Piala Tertua yang pernah dipertandingkan di Asia Tenggara, Piala Malaysia bakal membuka tirai saingan, awal September depan dengan mempertaruhkan enam belas pasukan terbaik Liga Malaysia 2011.


Kelantan selaku juara bertahan akan turun menerima saingan getir dari beberapa pasukan pencabar dalam usaha mereka merampas kejuaraan dari pasukan Kijang.

Persoalan kini, mampukah kesebelasan pemain The Red Warriors menerima tekanan tinggi dari semua pihak termasuk penyokong setia mereka untuk menjulang kejuaraan buat tahun kedua berturut-turut.

Menurut jangkaan ramai pihak, Kelantan kemungkinan besar terus mempertahankan kejuaraan piala tersebut selepas tampil konsisten sepanjang musim.

Berbanding dengan pencabar terdekat, Terengganu dan Selangor, skuad Kelantan mendapat pilihan besar dari kebanyakan penyokong dan pengkritik sukan tanahair betapa pemain Perwira Merah sekali lagi akan merajai piala teragung di Malaysia tersebut.

Gergasi Merah melakukan banyak perlawanan persiapan untuk memperkukuhkan pasukan mereka sebelum aksi pertama nanti, berbeza dengan Terengganu yang kelihatan bersikap sederhana tetapi mungkin mampu melakukan sesuatu dalam Piala Malaysia kali ini.

Cabaran serius turut dilemparkan Kedah selain beberapa kelab yang sedang meningkat naik termasuklah Selangor PKNS dan Sime Darby turut mempunyai impian menggunung cuba menjadi yang pertama pada saingan piala kali ini.

Setakat hari ini, The Red Warriors pula sudah berjaya mempersiapkan pasukan ke tahap tertinggi untuk mempertahankan kejuaraan yang dimiliki pada tahun lepas.

Kehadiran dua pemain pinjaman kedalam skuad turut membantu Sang Kijang lebih bersiap siaga untuk merobek gawang pihak lawan dalam kejohanan kali ini. Tiga perlawanan persiapan telah diharungi dengan kesemua perlawanan dilalui dengan nota kemenangan mutlak.

Dua perlawanan persahabatan dilangsungkan dalam masa seminggu dari sekarang sebelum mereka bercuti seketika untuk sambutan Hari Raya Aidilfitri. Selepas itu, para pemain Kelantan bakal berkumpul dan bertolak ke Kuching untuk aksi pertama melawan Sarawak. -RedsfcNews-

Share on Google Plus

About RedsFC

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 ulasan: