Lawan Songkhla, Medan Cari Skuad Utama.

Jurulatih The Red Warriors, Datuk M. Karathu mahu menjadikan perlawanan persahabatan terakhir dengan Songkhla FC sebagai medan persiapan terakhir untuk mencari skuad utama Kelantan sempena Piala Malaysia 2011.


Baginya, perlawanan persahabatan yang diatur sangat penting kepada pasukan Kelantan kerana dia mahu semua pemain dapat merasai perlawanan kompetetif.

Saya tidak tahu bagaimana kekuatan Songkhla tetapi kita tetap hadir kesana untuk perlawanan persahabatan.

Setiap perlawanan adalah perlawanan dan perlawanan itu penting untuk kita semua didalam pasukan. Sebab itu, saya tidak risau jika tewas kepada Songkhla kerana kita tewas ketika mencari segala kelemahan yang ada untuk diperbaiki.

Sasaran sederhana lawan Songkhla tetapi saya berharap para pemain terus mengekalkan momentum yang dimiliki setakat ini.

Kita mahu para pemain menonjolkan perwatakan juara dalam setiap perlawanan yang dihadapi, tidak terkecuali perlawanan persahabatan dengan Songkhla nanti.

Selepas itu, kita akan memilih pemain utama untuk turun setiap perlawanan Piala Malaysia dengan misi pertahan kejuaraan. -RedsfcNews-

Share on Google Plus

About RedsFC

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 ulasan: