Kelantan Menang Tetapi Hambar.


Hambar tetapi The Red Warriors tetap mencatatkan kemenangan dalam siri perlawanan persahabatan Lembah Klang selepas menundukkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) 1-0 di Stadium Selayang, malam tadi.


Gol Kelantan dijaringkan Nidzad Ayub pada minit ke-45 separuh masa pertama.

Menurunkan hampir kesemua pemain simpanan, Kelantan memulakan babak pertama dengan corak perlahan untuk memberi ruang kepada PDRM mengatur beberapa serangan merbahaya kearah pintu gol mereka.

Kelantan terlebih dahulu mengancam kubu PDRM dengan jaringan Ramzul Zahini Adenan pada minit ke-10 tetapi dibatalkan pengadil kerana dikesan berkedudukan offside.

PDRM turut tidak ketinggalan apabila banyak melancarkan serangan balas menarik kearah kubu Sang Kijang tetapi penjaga gol berpengalaman, Mohd Shahrizan Ismail bertindak cemerlang menafikan empat cubaan penyerang tuan rumah.

Ketika perlawanan menuju masa rehat, Nidzad Ayub memecah kebuntuan perlawanan dengan jaringan gol untuk pasukan Kelantan dari jarak dekat selepas menerima hantaran cantik R. Surendran.

Memasuki babak kedua, Kelantan melakukan tiga pertukaran sekali gus untuk mengimbangi corak permainan Polis.

Kemasukan Aris Zaidi, Norshahrul Idlan dan Wan Zaman ternyata membantu Sang Kijang mengatur banyak serangan kearah pintu gol PDRM.

Tetapi tuan rumah tidak memberi laluan mudah dengan dua percubaan bahaya mereka pada awal babak menyebabkan pertahanan Kelantan sedikit kelam kabut.

Pada minit ke-59, Khairul Izuan Abdullah melakukan satu percubaan kencang kearah pintu gol Kelantan namun mujurlah Shahrizan bersedia untuk menepis keluar.

Seminit kemudian, Wan Rohaimi hampir menambah gol buat Kelantan hasil hantaran Aris Zaidi tetapi penjaga gol PDRM pantas menumbuk keluar.

Tidak lama kemudian, sepakan deras Khairan Ezuan Razali dari luar kotak penalti terkena tiang selepas ditampan penjaga gol pihak lawan.

PDRM hampir menyamakan kedudukan selepas Fauzi Majid melepasi perangkap offiside untuk berhadapan dengan Shahrizan namun kuisan pemain ini terlalu lemah pada minit ke-63.

Khairan Ezuan sekali lagi kecewa kerana sepakannya tersasar keluar  pada minit ke-68 selepas menerima hantaran baik dari Norshahrul Idlan Talaha.

Percubaan Norshahrul Idlan Talaha pada minit ke-79 diselamatkan penjaga gol manakala tandukan penyerang PDRM pada minit ke-83 sedikit keluar walaupun Shahrizan sudah tertewas.

Kem PDRM hampa selepas tandukan Mohd Fauzi pada minit terakhir perlawanan diselamatkan Mohd Shahrizan Ismail.

Kesebelasan Utama 

PDRM: K. Thaiyanathan.
Muhd Hamdan (GK), Shahrul Nizam (Mohd Yusri), Khairul Azrin, Aliff Haikal Ganaeson, Khairul Izuan Abdullah, Fauzi Abdul Majid, Afif Amiruddin, Yusry Yusuf, Muhd Hafis Rashid dan Mohd Helmi (Mohd Isham).

Kelantan: Datuk M. Karathu.
Shahrizan Ismail (GK) (c), Nik Mohd Shahrul Azim (S. Subramaniam), Khairan Ezuan, Khairan Eroza, Wan Rohaimi Ismail, Nidzad Ayub (Aris Zaidi), R. Surendran (Aziz Ismail), Danial Fadly (Wan Zaman) Khairul Izuan Rosli (Norshahrul Idlan), Solehin Kanasian dan Ramzul Zahini Adenan.

Statistik Perlawanan

Percubaan 
PDRM 14-12 Kelantan

Offside
PDRM 2-6 Kelantan

Sepakan Sudut
PDRM 6-4 Kelantan

Kad Kuning
PDRM 2-0 Kelantan

Posisi Bola (%)
PDRM 49-51 Kelantan

Share on Google Plus

About RedsFC

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 ulasan: