Karathu Puas Dengan Aksi Pemain.


Ketua jurulatih Kelantan, Datuk M. Karathu tidak dapat menyembunyikan rasa gembira selepas melihat aksi cemerlang anak buahnya menewaskan T-Team 3-1, malam tadi.


Walaupun sekadar perlawanan persahabatan, Karathu nyata puas hati kerana semua pemain yang diturunkan berjaya menunjukkan corak permainan menghiburkan sepanjang 90 minit masa perlawanan.

Saya memuji pemain tengah dan penyerang, Mereka bermain baik dan sentiasa beri tekanan kepada pemain T-Team. Pemain bermain dengan bagus apabila mengikuti segala arahan yang telah diberikan. Mereka mencipta banyak peluang serta turun bertahan dengan cepat ketika diserang..

Ketika ditanya tentang pemain pertahanan, Karathu turut memuji barisan benteng kerana berjaya mengekang dengan baik serangan yang dilakukan oleh pasukan lawan.

Barisan pertahanan sangat penting dan kita dapat lihat mereka bertahan dengan baik serta tidak gelabah dengan corak serangan balas yang dilakukan oleh penyerang T-Team, jelasnya.

Saya akui pemain masih belum mencapai tahap kecergasan 100% tetapi perlawanan ini penting untuk kita menilai tahap persembahan selain mencari kelemahan daripada setiap pemain yang diturunkan. Saya yakin mereka mampu bermain dengan lebih baik selepas ini dan telah bersedia untuk perlawanan pertama Piala Malaysia.

Segalanya masih awal namun saya tetap puas hati dengan corak permainan yang telah ditunjukkan oleh semua pemain dan saya harap mereka dapat kekalkan momentum ini sehingga ke akhir saingan. -RedsfcNews

Share on Google Plus

About RedsFC

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 ulasan: