Badri Kembali Tonjol Kehebatan.

Ketua pasukan Kelantan, Mohd Badri Radzi kembali menunjukkan corak permainan sebenar apabila membantu The Red Warriors mencatatkan kemenangan dalam tiga dari empat perlawanan persahabatan sempena Piala Malaysia 2011.


Terbaru, Badri menjaringkan dua gol cantik ketika Sang Kijang bangkit menebus kekalahan lampau kepada T-Team di Stadium Sultan Muhamad Ke-IV, Kota Bharu, semalam.

Larian deras dari kawasan sendiri, aksi menggelecek empat pemain pertahanan T-Team serta sepakan kencang ke penjuru kanan memberikan Kelantan kemenangan mutlak walaupun sekadar perlawanan persahabatan.

Ternyata perlawanan yang dilalui sempena pra Piala Malaysia mengembalikan bisa pemain yang mendapat kritikan berat dari para peminat setia Sang Kijang sejak setahun lalu.

Hantaran menarik dan jaringan cantik sudah sinonim kepada pemain yang selesa memakai jersi bernombor 16 menyebabkan dia begitu diminati oleh segelintir peminat.

Dengan aksi kemas serta tidak gelojoh ketika melakukan hantaran menyebabkan Badri mendapat suntikan semangat dari peminat setia The Red Warriors sepanjang perlawanan.

Selepas ini, dia perlu lebih rajin dan tidak mudah hilang fokus serta harus segera membaiki segala kelemahan yang dimiliki agar terus menjadi pemain harapan bangsa dan negara para peminat Kelantan dalam Piala Malaysia 2011. -RedsfcNews-

Share on Google Plus

About RedsFC

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 ulasan: