Analisis Tiga Perlawanan Persahabatan Lembah Klang.



Berikut adalah analisis ringkas perlawanan pra Piala Malaysia Kelantan 2011 di Lembah Kelang. Tiga perlawanan telah dihadapi dengan Kelantan mencatatkan kemenangan dalam semua perlawanan termasuklah menjaringkan tujuh gol tanpa bolos.

Penjaring : 
  • Azamuddin Akil (Kuala Lumpur dan Selangor)
  • Badri Radzi (Kuala Lumpur)
  • Nurul Azwan Roya (Kuala Lumpur)
  • R. Surendran (Kuala Lumpur)
  • Solehin Kanasian Abdullah (Kuala Lumpur)
  • Nidzad Ayub (PDRM)

Kuala Lumpur 0-5 Kelantan.


Kelantan menurunkan kesebelasan bayangan Piala Malaysia dalam perlawanan pertama persahabatan. Lima jaringan tanpa balas, Sang Kijang memberikan pengajaran berguna kepada jurulatih Kuala Lumpur, Razip Ismail. The Red Warriors mempamerkan persembahan cemerlang ditambah dengan kegagalan pemain tuan rumah menyerap tekanan perlawanan. Dua jaringan dari penyerang pinjaman serta tiga gol hasil penyudah tajam pemain tengah sudah cukup untuk Kelantan memulakan jelajah dengan nota kemenangan. Tetapi kekurangan yang perlu diambil perhatian ialah mudah selesa dengan jaringan yang diperoleh. Menurut laporan rakan yang menyaksikan perlawanan, pemain Kelantan mula mengendurkan asakan selepas mendahului tiga jaringan memberikan Kuala Lumpur satu ruang cukup luar mengatur gerakan dan melakukan percubaan tepat. Kelibat Halim Napi turut menjadi tumpuan apabila memberi persembahan menghiburkan sepanjang 90 minit masa perlawanan.

Selangor 0-1 Kelantan


Perlawanan pra Piala Malaysia paling mendapat tumpuan ramai pihak, Kelantan menonjolkan perwatakan selaku pasukan yang mampu mempertahankan kejuaraan apabila menguasai setiap inci ruang padang pada babak pertama. Namun, andaian gagah babak kedua sedikit meleset ekoran kebangkitan mendadak Gergasi Merah memberi saingan untuk memburu jaringan penyamaan. Bagaimanapun kekentalan barisan pertahanan disamping kecemerlangan penjaga gol membantu Kelantan mempertahankan satu gol sehingga minit terakhir perlawanan. Shakir dan Norshahrul bertindak cemerlang, manakala Badri Radzi tetap menunjukkan sentuhan pembantu kepada Azamuddin Akil menjaringkan gol. Chanturu dengan larian laju, manakala Subra dan Nik Shahrul Azim bertungkus lumus membantu Shahrizan di pintu gol. Pemain muda lain menunjukkan perwatakan baik ketika beraksi seterusnya memaksa Sang Juara 32 Piala menggigit jari buat tahun kedua berturut-turut gagal mengekang Perwira Merah dalam 11 perlawanan.


PDRM 0-1 Kelantan


Tindakan Karathu menurunkan barisan simpanan mengecewakan peminat kerana aksi yang ditunjukkan sangat teruk dan tidak melambangkan sebuah pasukan yang mahu muncul juara. Kelantan tetap menang dengan satu jaringan tetapi bukan kerana kekuatan sebenar melainkan nasib semata-mata. Pihak lawan bukan  lawan yang mampu menunjukkan ciri-ciri pertandingan ke arah mencapai kejayaan besar di saingan piala nanti. Tetapi satu positif dalam perlawanan ini ialah para pemain muda dan pemain simpanan didedahkan dengan satu aksi berbentuk kompetetif selepas tidak diturunkan dalam perlawanan Liga. Banyak lagi kelemahan yang ditunjukkan pemain simpanan Kelantan dalam perlawanan ini namun ianya dapat diperbaiki jika pihak kejurulatihan mengambil langkah segera mengatasi masalah tersebut. Penguasaan bola dan gerakan demi gerakan ke gawang lawan berjaya dilakukan tetapi kelemahan ketara yang dapat dikesan ialah mereka sering kali meninggalkan posisi bawah menyebabkan pasukan lawan kerapkali dapat meloloskan diri kedalam kawasan penalti. -RedsfcNews-

Share on Google Plus

About RedsFC

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 ulasan: