Profil Azamudin Akil.

Mohd Azamudin Mohd Akil memulakan karier selaku pemain bola sepak dengan pasukan bawah 19 tahun Pahang selaku penyerang utama dalam saingan Piala Belia 2003.


Dilahirkan di sebuah perkampungan berdekatan Kuala Lipis, Azamudin mencipta nama selaku pemain Piala Presiden pada tahun 2005 ketika berusia 20 tahun.

Tidak lama kemudian, Azamudin menandatangani kontrak profesional pertama dengan menyertai Shahzan Muda sebelum bertindak menyertai My Team pada tahun 2008.

Pembubaran My Team menyebabkan pemain ini pulang ke pangkuan pasukan asalnya, Pahang dan menjadi penyerang utama bergandingan dengan Azizul Kamaludin.

Menjadikan Roberto Baggio selaku idola, Azamudin Akil merupakan pemain mempunyai skill individu baik serta pantas melarikan bola. Bertindak selaku penyerang, pemain yang lebih mesra dengan panggilan Alex ini turut mempunyai kemahiran bermain selaku pemain sayap.

Pada tahun 2010 sehingga 2011, Azamudin mencipta nama selaku penyerang yang digeruni ekoran bakat dan komitmen tinggi kepada pasukan tetapi perjalanan kariernya sedikit terbantut selepas mengalami kecederaan hamstring memaksa direhatkan untuk beberapa perlawanan.

Sesudah pulih, pemain ini kembali memperkuatkan pasukan dengan beberapa jaringan gol namun gagal untuk membantu Pahang kekal dalam saingan Liga Super pada musim depan.

Profil Pemain

Nickname: Alex & Lepih
Tarikh Lahir: 16/04/1985
Keluarga: Anak ke-4 daripada 5 beradik
No Jersi: 12
Posisi: Penyerang
Asal: Kg. Relong, Kuala Lipis
Alamat: Indera Sempurna, Jln Ktn-Pekan
Pendidikan: Sekolah Menengah Orang Kaya Haji, Kuala Lipis
Hobi: Snuker
Pemain Idola: Roberto Baggio dan Azizul Kamaluddin
Pasukan Diminati: MU dan Italy


Sumber: TokGajah.com

Share on Google Plus

About RedsFC

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 ulasan: