Piala Presiden Malaysia: Kelantan Pasukan Kedua Paling Berjaya.

Kelantan muncul pasukan kedua paling berjaya di belakang Selangor dalam saingan Piala Presiden sejak diperkenalkan pada tahun 1985.


Pasukan Cik Siti Wan Kembang juga merupakan pasukan pertama menggondol kejuaraan selepas menundukkan Sarawak dalam perlawanan akhir pada tahun tersebut.

Kejayaan berterusan yang dicipta membolehkan Kelantan memungut tiga kejuaraan dan tiga kali naib johan hasil enam kali kemaraan ke pentas final.


Menjejak era baru ekoran penjenamaan kembali pasukan kepada President Warriors pada tahun 2011, mereka bangkit sejak dikecewakan pada pusingan pertama selama dua tahun untuk menjulang Piala Presiden buat kali keempat.

Memasuki edisi ke-26 pertandingan, Kelantan berada di belakang pasukan Merah Kuning selaku pasukan kedua yang mendapat paling banyak kejuaraan dalam pertandingan peringkat umur. -RedsfcNews-

Share on Google Plus

About RedsFC

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 ulasan: