Penyerang Pahang Sah Milik TRW Piala Malaysia.

Seorang pemain Pahang dikhabarkan sah menjadi pemain The Red Warriors untuk saingan Piala Malaysia yang akan bermula selepas Hari Raya Aidilfitri nanti.


Menurut sumber kepada RedsfcNews, pemain tersebut bermain di posisi serangan dan akan menyertai Kelantan tidak lama lagi.

Pemain ini dilihat mampu bergandingan dengan Norshahrul Idlan Talaha selaku penyerang utama pasukan Sang Kijang dalam usaha mereka untuk mengekalkan kejuaraan Piala Malaysia.

Dia juga berpengalaman luas dalam Liga Malaysia dan pernah bersama Norshahrul Idlan ketika mewakili My Team pada tahun 2008, jelas sumber itu lagi.

Kelibat pemain ini banyak mendatangkan masalah kepada pertahanan pasukan lawan dan dia turut pernah menjaringkan gol ketika membantu Pahang menewaskan Kelantan. -RedsfcNews-

Share on Google Plus

About RedsFC

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

12 ulasan:

Anonymous said...

Kalu Li royak selalu sapo pemain itu, kan lebih baik daripada berteka teki

Anonymous said...

hhahahaha... betul tu abe.. teko teki p[lokk doh.

Paul Frank said...

faizol hussin ko r surendran...

Anonymous said...

Azamuddin Akil...steady TRW

ada, said...

alex ko?? sedak kakloh budok tuh, dio gn zaiza plg sedap dale tim pehe...

Anonymous said...

alex hok ngoti nih.. anok mat akil..

amy said...

sapo nama pemain tu?

Anonymous said...

azzamuddin akhil semoga berjaya bermain di Kelantan... terima kasih atas segala keringat bersama Pahang selama ini...

Anonymous said...

Semoga berjaya Alex kat Kelantan.
Semoga dia lebih dihargai.
Kelantan cuba dapatkan dia dari zaman Peter Butler
dan B, Sathianathan. M. Karathu berjaye..
dikhabarkan musim 2012 akan terus bersama Kelantan

Tok Gajah said...

Gud Luck Alex. Kami penyokong Pahang Menyokong penuh anda di Kelantan. Semoga terus memberikan yang terbaik.

Anonymous said...

Go Alex Go...

Anonymous said...

doh rhoyat PBSNP dok nok lepas..pahtu Teranung pung nok jugok..guano citer Liey