Misi Harimau Malaya Tebus Maruah .

Malaysia turun aksi timbal balik kelayakan Piala Dunia 2014 dengan misi membalas kekalahan besar kepada Singapura dalam perlawanan pertama.


Tiada yang mustahil dalam dunia bola sepak jika pemain Malaysia bermain dengan lancar dan mengenepikan seketika kritikan meluas dari peminat tempatan.

Kekalahan 3-5 dalam perlawanan pertama wajar ditebus kembali dihadapan penyokong sendiri seterusnya melangkah ke pusingan ketiga.

Tekanan kini terarah kepada K. Rajagobal ekoran kesilapan teknikal pada perlawanan sebelum ini menyebabkan skuad negara kehilangan lima jaringan kepada pasukan lawan.

Kehilangan Safiq Rahim ekoran pengantungan perlawanan sedikit merencatkan perancangan tetapi penganti yang sesuai seperti Badrol Bakhtiar, Shakir Shaari dan K. Gurusamay wajar dipertimbangkan kedalam kesebelasan utama.

Perlawanan malam ini juga menyaksikan kembalinya Khairul Fahmi Che Mat dan Aidil Zafuan Abdul Razak. Khairul Fahmi akan digandingkan dengan Aidil selepas pemain sebelum ini menunjukkan kelemahan ketara di kubu terakhir.

Malaysia turut mengharapkan Safee Sali selaku pengempur utama dapat melakukan penyudah seperti mana dilakukan ketika merapatkan kedudukan dengan Singapura di tempat lawan. Dijangka bergandingan dengan Abdul Hadi Yahya, tugas Safee dilihat sedikit mudah kerana penjaring terbanyak Liga Super tersebut mulai menemui sentuhan jaringan.

Ashaari Shamsudin juga dikhabarkan bakal bermain dalam perlawanan ini dan dijangka masuk selaku senjata rahsia kepada pasukan negara.

Perlawanan di arena sendiri di hadapan puluhan ribu penyokong perlu digunakan sebaik mungkin dengan Malaysia hanya memerlukan dua jaringan tanpa bolos untuk muncul pemenang perlawanan. -RedsfcNews-

Share on Google Plus

About RedsFC

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 ulasan: