Kolumnis: Sokongan Para Perwira.

Perlawanan persahabatan antarabangsa Kelantan melawan Pelita Jaya dari Indonesia ternyata menarik minat ramai penyokong The Red Warriors ke Stadium.


Siapa sangka perlawanan persahabatan yang diatur Kelantan mencipta sejarah tersendiri dalam arena bola sepak negara. Stadium Sultan Muhamad Ke-IV, Kota Bharu yang berkapasiti 30 000 hampir dipenuhi peminat setia yang berada di kawasan stadium bermula awal pagi lagi.

Bagi pengarang, situasi ini jarang dilihat sama sekali andai melibatkan perlawanan persahabatan pasukan negeri lain malahan kehadiran para penyokong ini telah mencipta rekod baru untuk kehadiran di stadium Sang Kijang.

Jika sebelum ini, hanya perlawanan bertaraf A sahaja menjadi tumpuan, tetapi kini sudah berubah bila mana mereka turut sama hadir memberi sokongan seperti perlawanan-perlawanan lain.

Ternyata arena bola sepak Kelantan kembali disinari dengan semangat membuak-buak dalam diri para penyokong untuk memenuhi slogan yang dinyatakan Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) itu sendiri, "Be Part Of Winning Team".

Jika sokongan seperti ini terus diberikan para pendukung Wira Merah, InsyaAllah, sukan bola sepak Kelantan akan terus bersinar di persada negara.

Biarpun beberapa ketika situasi nampak panas setelah ada segelintir pihak cuba membawa pengaruh politik kedalam sukan bola sepak Kelantan.

Tetapi ia tetap tidak mematahkan semangat para penyokong untuk menjadikan bola sepak Negeri sebagai medium merapatkan hubungan silaturahim sesama mereka.

Demi sebuah pasukan dukungan bersama, kita ketepikan sentimen politik sempit. Sama-sama kita terus beri sokongan tidak berbelah bahagi kepada pasukan Kelantan.

Bola sepak jiwa kita, semangat kita, membawa kita ke kemuncak kejayaan. Kita adalah kita, bukan mereka kerana kita semua satu yakni Peminat dan Penyokong Nombor Satu Pasukan Kelantan Darul Naim.

Berbanggalah menjadi sebahagian dari pasukan Kelantan, negeri Cik Siti Wan Kembang dengan semangat Tok Janggut mewarnai merah tanah tumpah darahku.

Semangat Warriors
RedsFC

Berenang tengah lautan gelora
Menghadapi ribuan rintangan semasa
Untuk perwira dukongan sentiasa
Kami Menanti kejayaan bermakna

Wahai perwira gagah perkasa
berikan tentangan banggakan nusa
jangan mengalah seawal Masa
Ajarkan Lawan tidak tersisa

Liga Super sudah merasa.
Piala Malaysia wajar dijaga
Piala Sumbangsih nantikan saja
Piala FA bawa pulang sampai masa.

Bara Merah Sanggup Dirasa
Demi semangat mencari jasa
Kita turun berjuang bersama
The Red Warrios kekal Berbisa.
Share on Google Plus

About RedsFC

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 ulasan: