Kenali Skuad Piala Presiden MP Muar FC

MP Muar FC ialah pasukan lawan Kelantan dalam perlawanan akhir Piala Presiden 2011 di Stadium Sultan Muhamad Ke-IV, malam esok.

Tidak banyak info yang dapat dikutip dari pasukan MP Muar FC. Mereka merupakan sebuah kelab yang berpengkalan di Muar, Johor. Bergelar Anak Muar (Muarian).


Dikhabarkan pasukan ini menerima ramai pemain luar selaku pemain Piala Presiden mereka. Mereka merekrut pemain dari Kelantan, T-Team dan mendapatkan khidmat beberapa pemain dari pasukan lain termasuklah KM Naza dan juga bakat muda dari daerah Muar itu sendiri.


MP Muar FC menampilkan persembahan baik pada saingan Liga Piala Presiden dan berhasil menamatkan kedudukan di tempat ke-3 liga dibawah PKNS dan SSBJ.

Mereka layak ke peringkat suku akhir untuk bertemu Sabah. Dalam perlawanan tersebut, MP Muar tewas perlawanan pertama kepada Sabah tetapi bangkit pada pertemuan kedua untuk layak dengan agregat 6-3.

Di peringkat separuh akhir, ramai pihak menjangkakan MP Muar bakal disingkirkan kerana mereka bertemu Sekolah Sukan Bukit Jalil tetapi kelab ini pantas menepis tanggapan tersebut untuk mencatatkan seri 1-1 di tempat sendiri. Pertembungan kedua di Bukit Jalil mereka bangkit daripada ketinggalan untuk sekali lagi seri 2-2 seterusnya menempah tempat ke perlawanan akhir hasil kelebihan jaringan di tempat lawan.

Tonggak utama mereka yang perlu diberi perhatian ialah S. Harivarman, Muhd Afiq Akhmal,  Fauzi Abdul Kadar dan penjaga gol utama, Mohd Khairul Izzuwan.

Kesemua pemain ini sudah menunjukkan aksi terpuji ketika membenam SSBJ untuk membawa MP Muar ke perlawanan akhir bertemu Kelantan di Kota Bharu. -RedsfcNews-

Share on Google Plus

About RedsFC

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 ulasan: