Jentera Pertahanan Terus Jadi Petualang.

Pertahanan Malaysia terus menjadi petualang selepas beberapa kesilapan yang dilakukan akhirnya membawa padah kepada seluruh pasukan.


Kealpaan dan kelalaian selain tidak fokus kepada aturan serangan pelawat menyebabkan impian Malaysia untuk mara ke pusingan ketiga disekat negara sejiran.

Ternyata, pemain pertahanan berterusan melakukan kesilapan yang tidak boleh dimaafkan walaupun sudah diberi pengajaran teruk pada perlawanan pertama.

Kegagalan mereka melakukan kawalan keatas penyerang Singapura, Alaksandar Duric, Qiu Li dan Shi Jiayi memaksa pemain lain di bahagian atas turun membantu walaupun pada satu ketika sedang rancak melakukan serangan.

Selain itu, barisan pertahanan turut gagal melakukan kekangan keatas jentera serangan Singapura walaupun tidak berada dalam situasi merbahaya.

Ini berikutan kegagalan Fadhli Shas dan Muslim Ahmad mengwal dengan baik hantaran jauh penjaga gol Singapura, Izwan Mahbud membolehkan Shi Jiayi melepaskan diri dari kawalan sebelum menjaringkan gol untuk mengikat kedudukan 1-1 pada minit ke-72.

Malah, selepas jaringan tersebut sekalipun, pemain pertahanan berterusan melakukan kesilapan mudah untuk memberi The Lions penguasaan penuh keatas jaringan pertahanan Malaysia.

Namun begitu, segalanya sudah terlambat untuk dikesalkan pemain Malaysia kerana mereka sudah ditunjukkan jalan keluar kepada pasukan yang menggunakan dengan sepenuhnya kelemahan yang telah diserlahkan. -RedsfcNews-

Photo: Shazli Shamsudin Photography.

Share on Google Plus

About RedsFC

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 ulasan: