Analisis Ringkas Skuad Piala Presiden Kelantan 2011.

Kejayaan muncul juara Piala Presiden 2011 melengkapkan musim gemilang pasukan bola sepak Kelantan The Red Warriors


Kejayaan pasukan senior menjulang dua kejuaraan ditambah dengan trofi yang baru dimenangi Presiden Warriors menunjukkan tahap perkembangan Liga Bola Sepak di Kelantan semakin menunjukkan peningkatan mendadak.

Siapa sangka dengan gelaran "mee segera" dari sesetengah pihak pada awalnya, kini delegasi The Red Warriors menunjukkan penguasaan penuh dari pasukan utama sehingga ke peringkat umur 20-an.

Begitu juga dengan pasukan President Warriors, mereka tidak diberi harapan tinggi untuk muncul pemenang kerana penyingkiran seawal pusingan pertama selama dua tahun berturut-turut memberi kesan langsung pada pasukan musim ini.

Namun, dengan keinginan dan semangat juang tinggi dari pihak pengurusan dan semua pemain, mereka berjaya mengungguli takhta Liga Presiden Kumpulan A seterusnya mara ke perlawanan akhir sebelum sekali lagi bangkit dari asakan bertali arus lawan untuk muncul pemenang mutlak kejohanan edisi ke-25.

Berikut adalah analisis ringkas untuk pasukan President Warriors untuk musim 2011.

Peringkat Kumpulan

Undian kumpulan A sedikit melegakan kerana Kelantan terlepas dari ancaman pasukan juara musim lepas, SSBJ. Dengan kelibat pemain berpengalaman seperti Izuan Rosli, Zamri Ramli, Tuan Mohamad Norhafizie serta beberapa tonggak juara Piala Emas Raja-Raja, President Warriors bermula perlahan pada perlawanan pertama dengan menewaskan Johor FC 1-0 di laman sendiri. Selepas itu, mereka bertandang ke Sabah dengan mencatatkan kekalahan besar 0-3 kepada pihak lawan.

Kekalahan tersebut menyebabkan pihak pengurusan mengambil langkah drastik dengan memberi amaran kepada pemain agar menaikkan kembali moral yang telah jatuh. Selepas itu, mereka mula mempamerkan persembahan bergaya di laman sendiri dan tempat lawan dengan memungut mata demi mata untuk bersaing selaku pencabar takhta Liga.

Rentetan kejayaan dicatatkan dan paling membanggakan para pemain mula menunjukkan tahap persefahaman tinggi untuk memintas Sabah selaku pendahulu. Memegang tampuk liga, Kelantan meneruskan cengkaman dengan mencatatkan kemenangan penting untuk menjadi pasukan pertama layak ke suku akhir.

Menjaringkan keseluruhan 49 gol dari 20 perlawanan dengan purata 2.45 gol setiap perlawanan, mereka bolos 17 gol pada peringkat kumpulan dan menjadi pasukan yang mempunyai benteng paling kebal dari 9 pasukan yang bertanding.

Lima belas pemain menyumbangkan jaringan dalam setiap perlawanan kepada President Warriors dengan Aris Zaidi muncul selaku penjaring terbanyak dengan 8 Gol.

Statistik President Warriors [Peringkat Kumpulan]

Gol: 49 Gol 
Purata Gol/Perlawanan: 2.45 Gol

Bolos: 17 Gol
Purata Bolos/Perlawanan: 0.85

Penjaring Terbanyak: Aris Zaidi [8 Gol]


Peringkat Kalah Mati

Suku Akhir 

Kelantan vs Johor
Menang Agregat: 3-2

Selaku juara kumpulan A, Kelantan diundi bertemu dengan Johor pada saingan suku akhir. Perlawanan pertama di Kota Bharu, President Warriors menewaskan pasukan lawan dari Selatan tersebut dengan jaringan 2-0. Pada pertemuan kedua, beberapa hari kemudian, mereka bangkit dari ketinggalan dua jaringan apabila Aris Zaidi muncul penjaring tunggal untuk memberikan President Warriors tiket ke perlawanan separuh akhir hasil kemenangan agregat 3-2.

Separuh Akhir

Kelantan vs PKNS Fc
Menang Agregat: 2-0

Juga mencatatkan kemenangan 2-0 dalam perlawanan pertama tetapi menghadapi saingan sengit pada perlawanan kedua selepas PKNS Fc memberi tentangan dari awal sehingga tamat perlawanan. Namun, kekebalan benteng pertahanan selain kecemerlangan penjaga gol memberikan keputusan seri 0-0 untuk membawa Kelantan ke pentas final buat kali yang ketujuh.

Perlawanan Akhir

Kelantan 2-1 MP Muar FC

Pertemuan akhir melawan MP Muar Fc, pasukan yang menewaskan juara bertahan, SSBK di separuh akhir. Walau bermain di gelanggang sendiri, Kelantan diberi tentangan sengit sejak awal perlawanan oleh pasukan dari Johor tersebut memaksa perlawanan diheret sehingga masa tambahan. Awal separuh masa pertama, Kelantan memperoleh gol seterusnya mengekalkan keputusan tersebut sehingga ke wisel penamat.

Statistik President Warriors [Kalah Mati]

Gol: 7 Gol
Purata Gol/Perlawanan:  1.40 Gol

Bolos: 3 Gol
Purata Bolos/Perlawanan: 0.6 Gol

Penjaring Terbanyak: Khairul Izuan Rosli [3 Gol]

Statistik Keseluruhan President Warriors 2011

Gol: 56 Gol
Purata Gol/Perlawanan: 2.24 Gol

Bolos: 20 Gol
Purata Bolos/Perlawanan: 0.8 Gol

Penjaring Terbanyak: Aris Zaidi dan Khairul Izuan Rosli [10 Gol]


Analisis Ringkas President Warriors 2011 disediakan oleh RedsfcNews

Share on Google Plus

About RedsFC

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 ulasan: