Analisis Ringkas Liga Malaysia 2011.



Saingan Liga Super 2011 melabuhkan tirai dengan Kelantan muncul pemenang ke-enam sepanjang sejarah liga paling utama yang diperkenalkan sejak tahun 2004. Sebanyak 26 perlawanan dilangsungkan setiap pasukan yang bertanding dengan Kelantan mencatatkan kejutan besar berada di tangga pertama mengecewakan Terengganu dengan kelebihan tiga mata selain memusnahkan impian Selangor bergelar juara hatrik pertama.

Persaingan Liga Super turut mencatat sejarah kerana penentuan kejuaraan terpaksa ditentukan pada penghujung saingan dimana Kelantan gah menundukkan Sabah memaksa Terengganu dan Selangor selaku pencabar terdekat berputih mata di tempat kedua dan ketiga.

Datuk M. Karathu selaku ketua jurualtih Kelantan tentulah orang paling gembira disebalik kejayaan tersebut kerana pada musim pertama setelah sekian lama meninggalkan Kelantan bukan sahaja mencatatkan kejuaraan liga malah menghadiahkan status "Double Champion" kepada pasukan bergelar The Red Warriors. Siapa sangka, barisan kelas dua yang dipertaruhkan Kelantan berjaya merealisasikan sekali lagi impian besar para peminat mereka untuk menjulang kejuaraan seterusnya setelah memenangi Piala Malaysia dan Piala Sumbangsih. Terengganu memecahkan dominasi Kelantan selepas pasukan sejiran tersebut menjuarai Piala FA.

Tiga pasukan teratas turut bersaing selaku pasukan paling tajam menembusi pintu gol pasukan lawan dengan Terengganu mencatatkan rekod jaringan tertinggi pada saingan Liga Super kali ini apabila membolosi gawang pihak lawan sebanyak 54 gol dengan purata jaringan 2.07 setiap perlawanan. Kelantan di tempat kedua dengan purata jaringan sebanyak 2.0 hasil 52 gol yang diperoleh manakala Selangor pula menuruti di belakang dengan 42 gol (1.61).

Kedah menjadi pasukan paling sedikit melepaskan gol setelah hanya bolos 20 gol sepanjang 26 saingan Liga Super. Kelantan di kedudukan kedua dengan 21 bolos manakala Selangor dan Perak berkongsi kedudukan seterusnya setelah merekodkan bolos 24 gol. Terengganu melengkapkan senarai "top 5" dengan 26 bolos sepanjang kempen.

Sementara itu, Abdul Hadi Yahya, penyerang Terengganu merangkul anugerah penjaring terbanyak apabila merekodkan 20 gol sepanjang saingan 2011 meninggalkan Norshahrul Idlan Talaha dengan satu gol.

Dengan kejayaan yang diraih Kelantan, mereka layak ke saingan Piala AFC pada tahun 2012 dan Terengganu mengiringi setelah muncul johan Piala FA, baru-baru ini.

Pahang, pasukan yang diselamatkan dari jatuh ke Liga Perdana pada tahun 2010 terus menampilkan aksi longlai sepanjang musim ini untuk mengikuti jejak Singa Utara disingkirkan ke saingan kelas dua pada tahun hadapan. Walaupun mempunyai dana besar membina pasukan, Pahang gagal mempamerkan corak lebih baik untuk kekal memaksa mereka melupakan saingan tertinggi. Berlainan dengan Perlis, konflik dalaman persatuan selain kekurangan dana menyebabkan pasukan yang pernah muncul kuasa bola sepak tanahair merekrut tenaga muda yang tidak mempunyai pengalaman dalam saingan Liga. Ternyata ia tidak membantu mereka kekal di Liga Super pada tahun 2012. -RedsfcNews-

Liga Malaysia 2011
  • Liga Super: Kelantan
  • Piala FA: Terengganu
  • Piala Sumbangsih: Kelantan
  • Piala Malaysia: Belum Dilangsungkan
  • Tersingkir Ke Liga Perdana: Perlis, Pahang
  • Kejuaraan AFC: Kelantan, Terengganu 
  • Pasukan Dibawah Keupayaan: Perlis
  • Penjaring Terbanyak: Abdul Hadi Yahya (Terengganu)
  • Jaringan Terbanyak: Terengganu (54 Gol)
  • Bolos Terbanyak: Perlis (61 Gol))
  • Jumlah Gol Semusim: 437 Gol 
  • Purata Gol: 2.41
    • Bolos Gol Semusim: 440 Gol

    Share on Google Plus

    About RedsFC

    This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

    3 ulasan:

    nick said...

    terbaik ahh bro ko punya analisis. ko memang cool r coz cepat wat analisis.. terbaikk... wa salute lu bro.

    Anonymous said...

    Guano Jumlah jaringan dan bolos semusim x sama ter.. Ko ada Bolos ajaib 3 gol?

    Amirul said...

    Edisi 2011 penuh dengan drama dan kejutan yang kadang-kadang boleh dijangka. Acu tukar MSL kepada MSLE. E belakang tu entertaiment.klate kaloh final F.A, persaingan liga sapa ko last game, tangga liga bertukar-tukar, TSAM yakin klate main AFC sebelum liga tamat dan mace-mace lg serupa skrip drama jah. Acu try demo siasat. elemen ini adalah baik untuk marketing memandangkan astro penaja utama MSL. Kalu takdok elemen ni rating arena tak naik.seladar renungan jangan mbik hati. TRW tetap dihati tahniah.