Rakyat Kelantan Tetap Mahukan Penjelasan.

Rakyat Kelantan mahukan penjelasan sebenar mengapa pihak Metro Parking tetap membina pondok bayaran walaupun Kerajaan Negeri mengatakan cadangan tersebut masih di peringkat kajian.


Mereka turut mempersoalkan mengapa Metro Parking dengan sewenang-wenangnya menaikkan pondok bayaran walaupun perjanjian masih belum ditandatangani.

Jika benar seperti ulasan yang diberikan Kerajaan Negeri dalam laporan Harakah Daily hari ini, jelas kelihatan pihak Metro Parking tidak menghormati pendirian kerajaan pilihan rakyat Kelantan.

Mereka tidak sepatutnya membina atau meletak papan tanda kawasan tersebut hak milik mereka andai Kerajaan Negeri sendiri belum memutuskan untuk mengenakan bayaran.

Justeru itu, wajar pihak terbabit merobohkan kembali pondok yang telah mereka bina di setiap pintu masuk Stadium Sultan Muhamad Ke-IV, Kota Bharu.

Kerajaan Negeri juga perlu mengambil tindakan tegas keatas pihak Metro Parking kerana dengan sengaja melanggar perintah dengan melakukan pembinaan tanpa kebenaran.

Ini untuk mengelakkan kata buruk pihak luar yang sentiasa mencari sebab dan alasan untuk menjatuhkan kredibiliti kerajaan yang dipilih majoriti. -RedsfcNews-
Share on Google Plus

About RedsFC

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

3 ulasan:

Anonymous said...

boh, ado respon dari kerajae negeri psl isu ni?

RedsFC said...

ado.. kerajaan negeri jawak d harakah mengatakan Pembinaan dan pemberian hak kepada Metro Parking masih dalam kajian...

Anonymous said...

suko2 jah nk wt parking berbayar ctu.... selamo 18thun...ni bru ado....