Piala Presiden: Harga Tiket di Kota Bharu Naik.

Harga tiket Perlawanan suku akhir Pertama Piala Presiden 2011 diantara Kelantan menentang Johor di Stadium Sultan Muhamad Ke-IV, Kota Bharu naik sebanyak Rm5.


Kenaikan tersebut hanya di tempat duduk astaka dengan setiap tiket dijual dengan harga RM10 sekeping.

Bagi tempat duduk terbuka, harga kekal seperti sebelum ini iaitu Rm5 sekeping.

Perkara ini disahkan sendiri Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) ketika ditemui pihak media, semalam.

Tiket perlawanan suku akhir ini akan mula dijual pada hari perlawanan di kaunter tiket stadium.

Selain itu, pihak Persatuan Bola Sepak Kelantan turut mengedar sebanyak 2000 keping tiket kepada para pelajar sekolah yang berminat untuk hadir menyaksikan perlawanan tersebut.

Menurut Naib Presiden KAFA merangkap Pengurus Pasukan President Warriors, Datuk Othman Zakaria, pemberian tiket percuma merupakan usaha pihak persatuan untuk memupuk minat pelajar terhadap sukan bola sepak dengan serius.

Beliau yang ditemui selepas mempengerusikan mesyuarat mesyuarat khas pengursan pasukan juga mahu pelajar yang berminat untuk menyaksikan perlawanan mengajukan nama mereka dengan segera kepada pihak sekolah untuk tindakan daripada pihak KAFA.
Share on Google Plus

About RedsFC

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 ulasan: