Myammar Bukan Tandingan Malaysia.

Penulis: Ahmad Fadhli Sukardi.


Skuad Harimau Malaya mudah membenam Myammar 2-0 di Stadium Sultan Muhamad Ke-IV, Kota Bharu, semalam.

Bermain dalam keadaan padang becak selepas hujan turun sejak dari awal petang, nyata ia tidak menganggu kedua-dua pasukan menunjukkan corak permainan laju.


Seawal minit ke-7, Myammar mengancam kubu Malaysia melalui cubaan leret Kyi Lin gagal ditangkap kemas Sharbinee Alawee sebelum dikeluarkan Helmi Rameli diatas garisan gol.

Seminit kemudian, Badrol Bakhtiar berpeluang meletakkan Malaysia didepan namun cubaan deras dari luar kotak penalti jauh tersasar.

Myammar terus mengancam pintu gol Malaysia pada minit ke-22, kali ini melalui Kyaw Ko Ko yang melakukan larian deras dari sebelah kanan seterusnya melintangkan kepada David Htan namun Helmi Rameli sempat mengeluarkan bola dari kawasan bahaya.


Malaysia akhirnya didepan pada minit ke-27 selepas Amirul Hadi Zainal bijak menyambar lantunan tandukan Yan Aung Win untuk menewaskan penjaga gol pelawat, Kyaw Zin Htet buat kali pertama seterusnya mengembirakan hampir 15 000 penyokong di dalam stadium.

Selepas jaringan tersebut, Malaysia mendapat beberapa peluang untuk menambah jaringan namun kegopohan pemain penyerang diketuai Abdul Hadi Yahya menyaksikan kubu Myammar terus kental untuk dibolosi sehingga wisel penamat separuh masa dibunyikan.

Bersambung babak kedua, Myammar melakukan asakan awal kearah pintu gol Malaysia tetapi tidak mendatangkan ancaman kepada Sharbinee Alawee.


Sebaliknya, Malaysia berjaya menambah gol kedua melalui rembatan deras Badrol Bakhtiar selepas hantaran lintang Abdul Hadi Yahya gagal dikeluarkan dengan kemas Min Ko Ko pada minit ke-54.

Badrol Bakhtiar hampir menambah jaringan kedua peribadi pada minit ke-66 selepas menerima lorongan menarik dari ketua pasukan, Safiq Rahim namun Kwan Zin Htet lebih bersedia menampan kemas cubaan pemain ini.

Kwan Zin Htet sekali menggagalkan usaha Badrol Bakhtiar tiga minit selepas itu selepas gerakan yang dilakukan bersama Ashaari Shamsudin dan Safiq Rahim disudahkan dengan sepakan keluar.

Myammar yang tertekan dengan asakan Malaysia melakukan satu serangan balas pada penghujung babak melalui Zaw Zaw OO namun Asrarudin Putra dan Azmi Muslim pantas mengawal keadaan.

Tambahan masa dua minit diberikan turut gagal digunakan sebaiknya kedua-dua pasukan sebelum pengadil perlawanan, Nagoor Amer Noor Mohamed membunyikan wisel penamat.

Badro Bakhtiar dipilih pemain terbaik perlawanan.

Kesebelasan Utama.

Malaysia: K. Rajagobal.

Sharbinee Alawee (Gk) (K. Sasikumar), Farisham Ismail (Azmi Muslim), Aidil Zafuan (Rizal Fahmi), Asrarudin Putra, Helmi Rameli (Yong Kuong Yong), Safiq Rahim (Kp), Abdul Hadi Yahya (Ashaari Shamsudin), S. Kunanlan, Shakir Shaari (Amar Rohidan), Amirul Hadi Zainal dan Badrol Bakhtiar.

Myammar: Milan Zivadinovic.

Kwan Zin Htet (Gk), Aung Hein Kyaw, Yang Aung Win, Shwe Hlainh Win, Zaw Min Tun (Kp), Yan Aung Kyaw, Kyi Lin, Kyaw Ko Ko, David Htan, Pai Soe dan Min Ko Ko.
Share on Google Plus

About RedsFC

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 ulasan: