Kolumnis Reds Deliey: Tentera Merah Penyokong Paling Bernilai.


Kemeriahan bola sepak Malaysia tidak asing dengan kelibat penyokong Kelantan di setiap venue perlawanan.

Siapa sangka, delegasi The Red Warriors ciptaan Tan Sri Annuar Musa berjaya mengembalikan semula Liga Malaysia dari kesuraman sejak lima tahun terakhir.

Walaupun sering dianak tiri oleh FAM selain provokasi demi provokasi dari pihak lawan, para penyokong Kelantan tetap dengan cara mereka dengan sentiasa berada di belakang pasukan tidak kira dimana mereka bertandang.

Ultras TRW sentiasa Memberi sokongan di kawasan mereka.

Sokongan padu kepada pasukan bola sepak Kelantan nyata mengundang cemburu dari pasukan lain. Apa tidaknya, jika bermain di gelanggang sendiri, Sang Kijang mengundang hampir 25 000 penyokong dalam setiap perlawanan.

Tiket perlawanan melibatkan Sang Kijang di arena sendiri juga menjadi rebutan dan sukar didapati seterusnya menambahkan pendapatan penjual tiket tidak bertauliah.


Jika bermain di tempat lawan, paling tidak 1000 penyokong setia akan mengikuti perlawanan tersebut seterusnya turut sama naik dengan pasukan menyerang pihak lawan.

Final Piala Malaysia vs N9, 70k kehadiran Penyokong TRW.
Kita lihat, penyokong Kelantan bukan sahaja memeriahkan dunia bola sepak tempatan dengan gaya dan kefanatikan tersendiri, mereka juga tampil membantu sumber kewangan kepada pasukan yang melawan The Red Warriors.

Kebanyakan pihak persatuan bola sepak di Malaysia mengakui bahawa kehadiran Kelantan ke venue mereka bukan sahaja mengundang kehadiran penyokong dari negeri Cik Siti Wan Kembang malahan menarik penyokong mereka sendiri untuk sama-sama bersorak didalam stadium.

Justeru itu, anugerah tidak rasmi yang diberikan selaku penyokong paling bernilai amat tepat dengan sambutan dan kegilaan Tentera Merah memenuhi setiap stadium di Malaysia dengan pakaian kebanggaan Merah Putih.

Tunaikan Solat sebelum masuk stadium.
Rekod sepanjang musim sudah membuktikan para Tentera Merah bukan memberikan sokongan semberono kepada pasukan kesayangan mereka.

Sokongan mereka sepanjang zaman. Walaupun melabelkan bermacam-macam tuduhan kepada penyokong dari tidak bertamadun, bersifat lalang, perosak moral pemain, harus diakui penyokong ini sentiasa dibelakang pasukan ketika susah dan senang selain memberi kritikan demi membina sebuah pasukan yang kukuh dari segi pentadbiran dan sokongan penyokong.


Kita yang lebih mengetahui siapa penyokong kita. Teruskan dengan sokongan tidak berbelah bahagi anda kerana sudah ditetapkan kita sebenarnya penyokong paling bernilai di dalam Liga Malaysia.
Share on Google Plus

About RedsFC

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 ulasan: