Kelantan Bersedia.

Pertemuan getir menentang Sabah di Likas membuatkan barisan kejurulatihan Kelantan tidak senang duduk.


Harapan untuk mencatatkan tiga mata seterusnya menjulang kejuaraan pertama Liga Super membuatkan semua pemain dalam pasukan berada dalam tekanan.

Ketiadaan enam pemain yang sedang mengikuti latihan dengan skuad Negara memberi kesan besar kerana mereka merupakan pemain tonggak.

Namun, persediaan rapi dengan sesi latihan setiap hari dilakukan diharap dapat membantu Sang Kijang pulang dengan nota kejayaan.

Menurut Datuk M. Karathu, pemain Kelantan telah kembali selepas diberi cuti seminggu oleh pihak pengurusan.

Aspek asas latihan ditekankan dimana semua pemain perlu menjalani ujian kecergasan.

Kita tidak mahu pemain hilang kecergasan selepas diberi cuti rehat untuk tempoh lama dan disebabkan itu, saya lebih memberi penekanan kepada aspek ini.
Share on Google Plus

About RedsFC

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 ulasan: