Apek Injured.

Kem Malaysia menerima perkhabaran buruk sebelum turun menentang Taiwan selepas penjaga gol utama, Khairul Fahmi Che Mat dilanda kecederaan bahu.


Perkhabaran tersebut nyata mengundang resah kerana pertemuan dengan Taiwan sangat penting dan memerlukan skuad terbaik.

Menurut ketua jurulatih Malaysia, mereka masih mempunyai masa untuk menilai tahap kecederaan penjaga gol tersebut sebelum membuat keputusan sama ada dapat diturunkan atau tidak.

Laporan dari ahli fisioterapi akan diambil kira untuk melihat perkembangan kecederaan Khairul Fahmi sebelum pihak kejurulatihan mengambil keputusan untuk menurunkan siapa di pintu gol nanti.

Jika Khairul Fahmi tidak diturunkan, Sharbinee Alawee bakal diberi tanggungjawab besar menggalas tugas nombor satu tersebut. Keupayaan penjaga gol Terengganu itu dilihat mampu membantu tuan rumah mempertahankan pintu gol dari dibolosi Taiwan.

Apek sebelum ini memberi persembahan baik ketika membantu Skuad Olimpik Malaysia melayakkan diri ke peringkat kumpulan.
Share on Google Plus

About RedsFC

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 ulasan: