Selangor PKNS Tempah Kedudukan Awal Sebagai Juara Liga


KUALA LUMPUR, 23 Mei (Bernama) -- Pasukan Selangor PKNS, yang menempah awal gelaran juara bola sepak Liga Perdana musim ini, terus mengutip tiga mata selepas berjaya menumpaskan Pulau Pinang 1-0 dalam perlawanan di Stadium Negeri Batu Kawan di sini.

Berbaki hanya dua permainan, Selangor PKNS kini mengumpul 54 mata selepas 20 perlawanan.

Gol kemenangan pasukan itu diperoleh menerusi tandukan Abdul Rahman pada minit ketujuh selepas kapten Selangor PKNS, Mohd Fadhil Mohd Hashim membuat hantaran dari sebelah kiri pintu gol.

Skuad bimbingan Abdul Rahman Ibrahim yang mendapat banyak peluang pada separuh masa pertama, gagal melakukan penyudah sempurna.

Turut mencipta kemenangan ialah Sarawak yang membelasah USM FC 4-1 di Stadium Negeri Petrajaya, Kuching.

Empat gol pasukan itu dijaringkan Ashri Chuchu pada minit ke-48 dan 50, Bobby Gonzales (minit ke-70) serta Benedict Martin (minit ke-85).

Gol saguhati pasukan pelawat dijaringkan Muhd Afzan Zainal Abidin pada minit ke-87.

Sementara itu, di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, Pasukan ATM menewaskan Harimau Muda B 2-0.

Di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya pula, Sime Darby menumpaskan MP Muar 1-0 manakala pada satu lagi perlawanan, Johor menewaskan SDM Navy 3-0 di Stadium Larkin.

-- BERNAMA
Share on Google Plus

About Moderator

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 ulasan: